Wednesday, January 25, 2012

Perkara Haram Dalam Perniagaan

Perkara Haram Dalam Perniagaan



Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.
 
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud:
 
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis riwayat Tirmizi).
 
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
 
 
 
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’.
 
Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
 
Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:

1. Riba.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.4. Rasuah.
5. Memonopoli barangan (ihtikar)

6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.

7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.

8. Haram menjual najis

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...