Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, January 30, 2012

Bukti Cinta Kepada Rasululluah SAW


Bukti Cinta Kepada Rasululluah SAW

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT, Ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayang-Nya meliputi segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa berita gembira kepada umat yang beriman dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.

Dengan syakhsiah yang ditonjolkan dalam sirah yang harum, Baginda SAW telah bersungguh dan meletakkan sepenuh jiwa dalam memikul risalah. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan generasi selepasnya yang mendokong Islam hingga ke hari Kiamat.

Begitu pantas masa berlalu. Saat demi saat, waktu demi waktu, bumi terus berputar di atas paksinya tanpa henti, melengkapi putarannya mengelilingi matahari. Malam dan siang silih berganti membuatkan kita hampir-hampir tidak sedar bahawa 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah semakin menampakkan wajahnya.


Telah lama rupanya, Nabi Muhammad SAW Telah meninggalkan kita. Namun, suatu perkara yang kita harus ingat, Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan mukjizat terbesar, iaitu Kitab Suci Al Quran. Juga, Hadith Nabi Muhammad SAW, yang banyak....

Maka, seharusnya kita mesti berusaha mengikut panduan Al Quran dan As Sunnah, dengan bersungguh-sungguh.


Lalu, apakah bukti cinta kita, kepada Rasululluah SAW?

"Kenangilah perjuangan Rasulullah dalam usaha menyampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan. Jangan hanya mengenang 12 Rabiuawal itu adalah hari cuti sahaja.. itu dah kes berat tu.. cerah masa depan..” 

Cinta kepada Rasulullah SAW membawa manusia ke syurga. Mencintai Baginda SAW perlu mengatasi dan mendahului segala sesuatu kerana ini adalah perintah dan syarat bagi mendapatkan cinta Allah SWT. Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. 

Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, sabda Baginda, “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (HR al-Darimi).

Firman ALLAH SWT: 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. 
(Al- Taubah: 128)
 
Banyak kisah-kisah cinta sahabat terhadap Muhammad Rasulullah yang telah terakam dalam sejarah ummat, antaranya seorang Arab Badwi telah datang menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah bertanya, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?” Arab Badwi itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya”. Mendengar jawapan itu, Rasulullah berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (HR al-Bukhari)

APAKAH BUKTI CINTA KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW?

Buktikan kasih kita kepada Baginda bukan sekadar ucapan yang hanya indah di bibir. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas  Rasulullah SAW.

Jom Berselawat, Ke Atas Nabi Muhammad SAW:


   
HALAL DAN THOYYIBA DALAM PRODUK YANG KITA GUNA

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. 

Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis.

Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)


Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

“Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). 

Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. 

Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.

 (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...