Thursday, March 22, 2012

Iklan Halagel Yang Lucu, Halagel pelopor gelatin halal Malaysia

Iklan Halagel Yang Lucu, Halagel pelopor gelatin halal Malaysia 


Sekitar Ogos 2011 lalu, Halagel telah menayangkan iklan baru produk Garam Bukit untuk masakan di TV3. Syabas kepada pengguna bijak yang telah bertukar ke garam bukit Halagel.  Anda bila lagi???....


Halagel Garam Bukit Kasar [Regular]




Sila hubungi 019 770 3029, En Yusof, Sahabat Roselle Marketing.  

 Berminat menjadi wakil, atau pengedar Garam Bukit Halagel, sila hubungi, Sahabat Roselle Marketing, 019 770 3029, En Yusof

Untuk beli online, 
Klik terus ke bakul beli online produk ini di sini

1) Cara Buat Akaun Pembeli Online, di SRM, sila klik di sini. 
2) Cara Buat Pembayaran, DI SRM ONLINE, kklik di sini.
3) Tip Beli Barang Online, sila klik di sini.
4) Untuk cara beli barang online di Kedai Online SRM, sila klik di sini.

Hotline SRM, Sila hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029

 Email Intan SRM, pengendali blog http://sahabatroselle.blogspot.com, sila hubungi di blogajetau@gmail.com

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Sahabat Roselle Marketing, yang berada di sekitar Selangor, seperti di Puchong, Serdang, sila datang beramai-ramai di cawangan terbaru kami:

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,  Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. 
Nombor telefon SRM Lembah Klang: 
 Encik Asrull   019 7773194/  013 359021




Muhammad Azhar menunjukkan pelbagai jenis produk keluaran Halagel yang boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara. (Laporan Utusan Malaysia pada 2006 dahulu)

TIDAK salah rasanya umat Islam di negara ini berterima kasih kepada syarikat ini. Jika tidak kerana Halagel (M) Sdn. Bhd., tentunya kita menghadapi satu masalah besar dan lebih teruk lagi untuk tujuan kelangsungan hidup kita terpaksalah menelan gelatin walaupun menyedari apa yang ditelan itu haram!

Terdapat dua jenis gelatin dalam pasaran. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati daripada kulit babi manakala gelatin ‘Type B’ pula diperbuat daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.

Persoalannya berapa banyak gelatin jenis B menguasai pasaran terutama untuk umat Islam. Jika ada pun apakah jenis kaedah penyembelihan yang digunakan bagi mendapatkan gelatin daripada haiwan-haiwan bovine itu? Bagi menangani masalah itu, Halagel ditubuhkan pada 19 Ogos 1997 untuk memenuhi keperluan gelatin halal umat Islam di negara ini.



Setelah hampir 10 tahun penubuhannya, syarikat itu kini merupakan satu-satunya pengedar dan pengimport gelatin halal terbesar untuk pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ikuti liku-liku perjuangan Halagel seperti yang diceritakan oleh Pengurus Cawangan Halagel, Muhammad Azhar Abdullah dalam temu bual kepada wartawan SITI AINIZA KAMSARI dan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN di Pusat Perdagangan Desa Subang Permai, Shah Alam pada tahun 2006.

Syarikat saudara benar-benar telah memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam khususnya di negara ini. Bagaimanakah perniagaan itu bermula?

Muhammad Azhar: Kisah Halagel sebenarnya kisah perjuangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kami iaitu Mohamad Yakob Munshi Deen, 44. Sebagai bekas graduan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) beliau sebelum ini mengusahakan perniagaan berkaitan pertanian. Namun sampai ke satu tahap, iaitu pada 1994, beliau berhenti dan melibatkan diri dalam bidang farmaseutikal dengan cuba memasarkan dan membekalkan produk ubat-ubatan kepada premis-premis perniagaan di bahagian utara Semenanjung.

Namun apabila beliau cuba membekalkan ubat pada doktor ‘A’, misalnya, doktor itu menolak sampel yang dibawa oleh Mohamad Yakob dengan alasan kapsul ubat tersebut menggunakan gelatin haram (yang diperbuat daripada kulit babi).

Sementara doktor ‘B’ pula, dalam kes tempahan ubatan jenis lain, menerima sampel dan pesanan daripada Mohamad Yakob tetapi memberitahu kapsul itu diperbuat daripada gelatin haram.

Jadi, dua situasi ini amat mengelirukan Mohamad Yakob. Beliau kemudian mendapati gelatin jenis ‘A’ dalam pasaran telah digunakan di kalangan umat Islam di negara ini sejak dahulu hinggalah ke hari ini.

Jadi kalau anda di tempatnya, bayangkan perasaan Mohamad Yakob dan besarnya tanggungjawab yang perlu dipikulnya bagi mencari jalan mendapatkan gelatin halal.

Bagaimanakah saudara melihat penggunaan gelatin di kalangan pengguna Islam?

Ramai tidak menyedari bahawa penggunaan gelatin adalah sangat meluas dan bukan soal pemakanan dan farmaseutikal semata-mata. Malah bidang kosmetik dan teknikal termasuk pembuatan filem-filem fotografi, filem untuk sinar x, kertas cetak foto, membuat kotak sehinggalah kepada gel dakwat pen juga menggunakan gelatin.

Dalam proses pengeluaran makanan itu sendiri, lebih 50 peratus daripadanya menggunakan gelatin. Di peringkat dunia dijangkakan penggunaan gelatin akan meningkat sebanyak beratus-ratus metrik tan setahun. Kebanyakan negara Eropah, Amerika Syarikat, negara-negara Amerika Selatan selain Jepun dan China di Asia adalah negara pengeluar gelatin utama dunia. Daripada jumlah tersebut 41 peratus gelatin adalah daripada kulit babi manakala 28.5 peratus daripada kulit haiwan bovine dan 29.5 lagi daripada tulang haiwan tersebut.

Babi lebih banyak digunakan untuk pengeluaran gelatin kerana proses pengeluarannya hanya mengambil masa sebulan sahaja berbanding haiwan bovine iaitu selama tiga bulan selain proses pengeluarannya adalah lebih murah.

Bolehkah saudara senaraikan jenis-jenis produk berasaskan gelatin yang paling sensitif dalam pemakanan dan perubatan?

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), gummy jelly, pastil berperisa, yogurt, keju dan mentega. Ia juga meliputi aiskrim, kapsul penyalut ubat dan kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan, pencuci mulut segera (terutamanya agar-agar dan puding), gula-gula getah dan produk-produk daging yang diproses.

Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Dengan itu masyarakat Islam haruslah berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan dan produk-produk di atas kerana dikhuatiri mengandungi gelatin yang tidak halal.

Bagaimanakah CEO syarikat saudara merintis bidang ini dalam keadaan yang mempunyai kekangan di sana sini?

Tidak dinafikan ini merupakan misi peribadi dalam satu usaha yang sangat getir sehinggalah Mohamad Yakob berjaya menemui gelatin halal itu di Pakistan yang dikeluarkan oleh sebuah kilang besar di Lahore. Syarikat itu mempunyai pekerja seramai 400 orang dan hanya dua pekerja yang beragama Kristian. Yang lain semuanya Islam.

Gelatin yang dikeluarkan oleh kilang itu bersumberkan tulang-tulang daripada haiwan yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau dan disembelih mengikut syariat.

Sejak itu hingga ke hari ini, kami menjalankan usaha sama dengan syarikat dari Pakistan itu bagi mendapatkan gelatin halal untuk dikilangkan semula di kilang kami di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah.

Berapa banyakkah pelaburan pada peringkat awal penubuhan syarikat?

Halagel bermula dengan modal sebanyak RM100,000. Pada peringkat awal kami terpaksa menjual harta dan aset yang ada termasuk rumah dan menggunakan simpanan. Alhamdulillah, pada tahun pertama sahaja jualan sebanyak RM1.02 juta berjaya diraih dan sehingga tahun lalu kami berjaya memperoleh jualan sebanyak RM13.6 juta. Untuk tahun ini ia dijangka meningkat lagi.

Adakah Halagel sudah berjaya menampung keperluan gelatin halal di negara ini?

Tidak juga, sebenarnya nisbahnya masih lagi 10:90. Iaitu 10 peratus adalah gelatin yang Halagel pasarkan manakala 90 peratus lagi adalah dari sumber bovine gelatin yang tidak pasti status halalnya atau porcine yang sememangnya haram kerana diperbuat daripada babi.

Adakah kedudukan ini selesa atau masih belum lagi melegakan?

Ia masih belum melegakan kerana masih banyak peluang pasaran yang tidak dapat kami tembusi kerana terhadnya bekalan dari kilang kami di Pakistan. Namun sekurang-kurangnya kami berjaya membekalkannya daripada tiada langsung gelatin halal sebelum ini. Halagel masih baru iaitu hampir 10 tahun di pasaran, namun syarikat antarabangsa yang lain telah membekalkan gelatin jauh lebih awal lagi dan lebih banyak gred gelatin yang dihasilkan.

Bagaimana dengan kapasiti pengeluaran kilang saudara?

Tidak dinafikan kapasiti pengeluaran yang kami ada adalah pada tahap maksimum. Maksudnya pada peringkat awal kami hanya mampu mengeluarkan 2,000 metrik tan gelatin setahun tetapi penggunaan gelatin di dunia hari ini sudah sampai ke tahap antara 350,000 hingga 400,000 metrik tan setahun.

Bagi pengeluaran kelongsong kapsul sahaja, Halagel telah memasarkan lebih 200 juta kapsul pada tahun 2005 dan ia hanya merangkumi 30 peratus pasaran kapsul di Malaysia. Penggunaan kapsul dunia dianggarkan lebih 300,000 bilion kelongsong kapsul setahun.

Apakah cabaran bagi memenuhi keperluan gelatin umat Islam? Apakah langkah Halagel?

Tentu sekali kami sedang menyahut cabaran itu dengan pembukaan sebuah kilang kapsul yang bernilai hampir RM12 juta di Sungai Petani, Kedah pada September ini. Kilang itu akan menumpukan kepada pengeluaran kapsul penyalut ubatan dan softgel sahaja.

Sampai bila kita hendak bergantung kepada bekalan gelatin yang dibawa masuk dari Pakistan?

Bukankah sudah tiba masanya kita juga mengeluarkannya di Malaysia?

Kami menyedari sepenuhnya keperluan tersebut. Malah sejak dahulu lagi kami ada rancangan untuk mendapatkan bekalan daripada tulang-tulang haiwan terutamanya unta, kambing, kibasy dan lembu yang berjuta-juta ekor disembelih di Arab Saudi pada setiap kali Hari Raya Haji untuk dijadikan gelatin halal. Kalau kita lihat sehingga ke hari ini, tulang-tulang tersebut terbuang begitu sahaja. Kami pernah merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak di Asia Barat untuk membina kilang gelatin di sana namun faktor cuaca, beberapa masalah teknikal dan kos yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak kos efektif.

Oleh kerana masalah di atas, Halagel menukar strateginya dan memilih China untuk pengeluaran gelatin yang kedua. Kilang yang akan didirikan di Wilayah Yin Chuan di bahagian Tenggara China itu sangat strategik di mana sebanyak 60 peratus populasi penduduknya merupakan orang Islam dan cuaca di sana amat sesuai. Insya-Allah pada awal tahun 2008 kami harap kilang di China akan mula beroperasi.

Mengapakah Halagel memilih China?

Di peringkat tempatan, kita tidak mempunyai cukup bekalan bahan mentah (tulang haiwan) di samping suhu di sini yang agak panas dan lembap tidak sesuai untuk memproses tulang-tulang tersebut kepada gelatin. Di sini kita lebih terdedah kepada pertumbuhan bakteria yang boleh mengganggu proses pengeluaran gelatin tersebut. Jadi, kita pilih wilayah di China itu kerana mereka mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak dan mencukupi serta suhu yang sangat sesuai untuk pemprosesan gelatin.

Halagel kini hanya memenuhi 10 peratus pasaran gelatin halal di negara ini. Berapa banyakkah syarikat dan pengusaha yang menempah gelatin daripada syarikat saudara?

Lebih kurang 40 hingga 50 syarikat di negara ini menggunakan gelatin Halagel dan antara 70 hingga 80 buah syarikat di negara ini termasuk beberapa syarikat dari Indonesia dan Singapura menempah kapsul bergelatin halal keluaran syarikat kami.

Apakah produk halal Halagel yang lain?

Jika disenaraikan, kami ada hampir 13 produk kesemuanya. Selain daripada gelatin dan kapsul, syarikat kami juga mengeluarkan gula-gula gummy jelly berjenama Nize Gummiez. Kami juga memasarkan ubat gigi herba dengan daun mambu serta bunga cengkih, produk-produk terapi garam bukit (rock salt), garam bukit untuk masakan dan yang terbaru, vitamin pastil fruity C dan gelatin dalam bentuk paket bagi kegunaan bakeri dan masakan.

Apakah harapan saudara?

Saya amat berharap pengguna tempatan mahupun di luar negara terutama orang muslim sentiasa peka dan menjadi pengguna bijak dalam memilih makanan dan produk untuk kegunaan harian. Lihatlah tanda halal dan bahan-bahan yang digunakan pada makanan tersebut dahulu agar kita tidak berasa ragu tentang status halal produk tersebut. Hasrat kami di Halagel adalah untuk menampakkan lagi impian Perdana Menteri kita bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal di rantau ini.

Sumber; Utusan Malaysia, 16/06/2006

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...