Saturday, March 03, 2012

Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang, Kadar tol turun 50 peratus,

Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang, Kadar tol turun 50 peratus,



PENGGUNA Lebuh Raya Cheras-Kajang pasti lega dengan pemotongan kadar tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa malam tadi.



KAJANG - Kira-kira 120,000 pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang kini boleh menarik nafas lega apabila Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) mengumumkan pengurangan bayaran tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan tersebut bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pengguna yang melalui jalan tersebut setiap hari.

 
Lebuh Raya Cheras-Kajang yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. mempunyai dua plaza tol masing-masing di Plaza Tol Batu 9 dengan kadar bayaran RM1 dan Plaza Tol Batu 11 (90 sen).

Bagaimanapun, Najib mengumumkan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, dimansuhkan berkuat kuasa tengah malam tadi.

"Keputusan kerajaan ini akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...