Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, March 07, 2012

PANDUAN MELAKSANAKAN UMRAH

PANDUAN MELAKSANAKAN UMRAH (i)



Pengertian Umrah Pada Syarak

Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Hukum Umrah

Umrah diwajibkan sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa samada lelaki atau perempuan.

Rukun dan Wajib Umrah :

IBADAT UMRAH
RUKUN UMRAH
WAJIB UMRAH
1. Niat 1. Niat ihram di Miqat
2. Tawaf 2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram
3. Sa'ie  
4. Bercukur / Bergunting  
5. Tertib  

NIAT UMRAH ( Rukun )

Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat, sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram. 

Untuk mandi sunat ihram, lafaznya :
" Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "
Seterusnya sembahyang sunat Ihram. Lafaz niatnya :
" Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.

Lafaz niat Umrah :

" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala "

Barang harus diingat, sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan pantang-larang dalam ihram. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar dam.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...