Wednesday, March 14, 2012

Nurul Nadirah, Budak Dibunuh Kejam

Nurul Nadirah Abdullah, Budak Dibunuh Kejam


NENEK Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul ditenangkan oleh ahli keluarga ketika melihat tempat mayat Allahyarham (gambar kecil) dibakar di kawasan projek terbengkalai berhampiran Jalan Damai, Nusa Damai, Masai, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin, Berita Harian Mar 13, 2012 3:49 pm

 Nurul Nadirah Abdullah, Budak Dibunuh Kejam


PASIR GUDANG: “Kenapa cucu saya dibakar dan diperlakukan sekejam ini,” rintih Milnah Jul, 52, nenek Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang dibunuh dan dibakar ketika melawat tempat kejadian di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, semalam.

Milnah terduduk dan terus menangis di tepi lubang sedalam satu meter yang mempunyai kesan hitam pada tepi dinding yang digali itu. 


Pada 8 Mac yang lalu, operasi mencari yang dilakukan datuk Dirang, Alan Alip, 49, bersama sekumpulan penduduk menemui tengkorak dan rangka manusia di dalam lubang berkenaan yang pada mulanya mereka sangkakan anak patung.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...