Friday, March 30, 2012

SRM Di Karnival Mahabbah IKIMfm Johor Bahru 2012

SRM DI Karnival Mahabbah IKIMfm Johor Bahru 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita gembira kepada para pendengar Radio IKIM.fm. Khususnya penduduk di Johor Baharu dan Negeri Johor, serta Singapura. 

Temui Sahabat Roselle di Tapak karnival Mahabbah IKIM.fm 2012 di Bandar Dato' Onn. 

Dapatkan Pelbagai produk keluaran Orang Islam, di SRM. Dengan harga yang istimewa di sana.

Hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029
 bagi mengetahui lokasi booth SRM.


Karnival Mahabbah IKIMfm Johor Bahru 2012 pad 30 Mac - 1 April 2012




KUALA LUMPUR, 13 Mac - Stesen Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan terus mengadakan program 'turun padang' di Bandar Dato' Onn Johor Bahru pada tahun ini selepas kejayaan penganjurannya tahun lalu.

Ianya akan diadakan di Tapak Masjid Bandar Dato' Onn bermula Jumaat 30 Mac dan berakhir pada malam 1 April 2012.

Dalam satu sidang media yang diadakan di IKIM hari ini, Pengarah IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad menjelaskan ianya diadakan lagi setelah mendapat maklumbalas positif dari pelbagai pihak. Ini termasuklah sokongan padu dari  pihak Johor Land Berhad yang bersetuju mejadi tuan rumah dan penaja utama Karnival ini. Manakala Majlis Agama Islam Johor pula terus tidak mahu ketinggalan turut ingin sama bertindak sebagai penaja utama dalam program kali ini seperti tahun lepas.

Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bahru ini merupakan kali kedua diadakan di Bandar Dato' Onn. Namun, untuk tahun ini lokasinya telah berpindah dari padang bersebelahan Kompleks Mutiara Johor Land ke Tapak Masjid Bandar Dato' Onn. 

Perpindahan ini dibuat setelah menyedari kesulitan dihadapi pada tahun lepas apabila hujan turun di hari pertama sehingga menyebabkan banyak kawasan karnival yang ditenggelami air. Di lokasi baru ini, diharapkan perkara yang sama tidak akan berulang jika ditakdirkan hujan sekalipun kerana kawasannya yang agak tinggi, insya Allah.

Pelbagai acara menarik disajikan untuk Karnival 3 hari 3 malam ini dan dijangka bakal menarik lebih 30,000 orang pengunjung insya Allah. Antara acara utamanya ialah Konsert Mahabbah IKIMfm yang diadakan pada 1 April (Ahad), manakala malam sebelumnya pula (31 Mac) ialah Mawlid@Johor Bahru. 

Antara artis yang bakal memeriahkan Konsert Mahabbah IKIMfm ialah penyanyi terkenal Nora, kumpulan cilik yang terkenal dengan lagu Bismillah...Alhamdulillah iaitu Voices of Ummi, tidak ketinggalan kumpulan Saujana dan adik-adik yang baru meningkat naik dari kumpulan Akhdan.

Termasuk juga pelbagai pameran dan gerai-gerai jualan produk dibuka untuk orang ramai.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...