Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, May 28, 2012

Award Blogger Terima Kasih Kerdipan Rohani

Segmen Blogger Terima Kasih Kerdipan Rohani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillahirabbil'alamin. Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Ilahi, kerana dnegan izin Allah, blog Sahabat Roselle ini telah bertambah followernya.

Sahabat Roselle Marketing, sebagai wadah pemasaran produk Halal Muslim, Produk Halal Thoyyiba  sangat menghargai dan mengalu-alukan pembaca yang sudi mengambil manfaat dalam tulisan di blog ini.

Sebagai sebuah syarikat perniagaan Muslim, Sahabat Roselle marketing bersyukur kepada Allah di atas kelangsungan syarikat untuk bersaing di pasaran. Menyedari antara visi penubuhannya ialah bagi memartabatkan produk-produk halal keluaran IKS masyarakat Muslim tempatan, medium internet adalah antara medium terbaik bagi mewar-warkan produk halal muslim tempatan.

Melaui sistem pemasaran yang komprehensif dan sistematik, jaringan internet adalah wadah pemasaran terbaik. Melalui sistem maklumat ini, ia banyak membantu memudahkan masyarakat mengetahui adanya produk tempatan, produk Muslim yang berkualiti tinggi dan suci bersih.

Kewujudan dan meningkatnya ranking blog ini juga, adalah kerana jaringan blog dan website lain yang ada link back ke blog ini. Ini secara tidak langsung memudahkan enjin carian SEO menemui blog ini.

Oleh itu, Terima kasih Intan SRM ucapkan kepada rkan-rakan follower blog ini. 

Dalam masa yang sama, Intan SRM memohon maaf kerana tidak dapat menjengah blog rakan follower memandangkan tugas dan tanggungjawab membataskan ruang waktu Intan SRM melayari blog rakan-rakan follower.



Beradasarkan statistic blog sahabatroselle, saya dapati pengunjung blog sahabatroselle juga datangnya daripada blog beliau. Ketika saya mempublish entry, Senarai Stokis dan Pengedar Biosinar di Malaysia , di sini, pada 12.19 a.m, lebih kurang setengah jam kemudian, telah datang pelawat ke entry terbaru blog ini melalui blog beliau seramai 2 orang.



 Bagi saya, ia suatu yang menggembirakan memandangkan waktu awal pai begini, biasanya sukar mendapar pengunjung ke entry blog waktu larut malam/ awal pagi.



Pada entry ini, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Kuanag-kunng @ Puan Ani pemilik blog http://kerdipanrohani.blogspot.com/ di atas kesudian beliau meletakkan url http://sahabatroselle.blogspot.com/ di blog kerdipanrohani.

Sudilah kiranya Blogger Kunang-kunang menerima award daripada saya;



Semoga usaha Puan Rohani membantu memasarkan Produk Halal Muslim Pilihan Anda ini turut mendapat keberkatan Ilahi, di dunia dan akhirat.

Kepada semua follower Sahabat Roselle Blogspot, terimalah jua award sempena 34 orang follower di bawah ini.

 A

Marilah kita bersama memartabatkan Produk Halal Muslim, Halal Thoyyiba, demi kerna untuk mendaptkan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Amin.

1 comments:

Anonymous said...

Salam Intan,

Terima kasih atas pemerian award tu. Saya doakan semoga perniagaan barangan muslim ni terus berjaya.

Saya ambik yer award ni utk diletakkan diblog saya.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...